1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:35,786 --> 00:00:40,207 Hari ini, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik. 4 00:00:40,290 --> 00:00:44,127 Saya keluarkan arahan eksekutif "duduk rumah, jaga diri". 5 00:00:44,211 --> 00:00:46,672 …mengarahkan hampir kesemua rakyat 6 00:00:46,755 --> 00:00:49,424 untuk duduk di rumah saja. 7 00:00:49,508 --> 00:00:53,262 Mulai petang ini, saya perlu berikan arahan yang sangat mudah. 8 00:00:53,345 --> 00:00:55,264 Anda perlu duduk di rumah. 9 00:00:57,558 --> 00:01:02,354 Mac 2020. Virus membawa maut melanda seluruh dunia. 10 00:01:02,437 --> 00:01:04,982 DUDUK DI RUMAH JIKA BOLEH 11 00:01:05,065 --> 00:01:08,819 Dalam masa semalaman, kehidupan kita terhenti. 12 00:01:14,533 --> 00:01:16,201 Sepanjang masa itu, 13 00:01:17,536 --> 00:01:22,583 dunia alam semula jadi mula alami perubahan mengagumkan. 14 00:01:25,919 --> 00:01:27,546 Udara lebih bersih. 15 00:01:29,923 --> 00:01:31,550 Air lebih bersih. 16 00:01:33,135 --> 00:01:38,974 Haiwan juga mula berkembang biak berbanding berdekad lalu. 17 00:01:41,894 --> 00:01:46,607 Penggambaran di serata lima benua sejak permulaan sekatan pergerakan... 18 00:01:48,692 --> 00:01:52,154 merakamkan tindak balas alam semula jadi yang luar biasa. 19 00:02:01,121 --> 00:02:04,833 Contohnya, gergasi laut berkomunikasi dengan anaknya menggunakan cara baharu... 20 00:02:08,920 --> 00:02:13,675 Serta cheetah yang mengubah peluang untuk hidup demi anak-anaknya... 21 00:02:14,343 --> 00:02:17,429 Inilah masa terbaik untuk ia menjadi ibu. 22 00:02:18,430 --> 00:02:24,019 Serta penguin terancam yang dapat membiak dengan banyak. 23 00:02:26,939 --> 00:02:32,152 Inilah peluang unik untuk melihat kehidupan dan dunia hidupan liar 24 00:02:32,778 --> 00:02:37,199 serta melihat perubahan yang terjadi tanpa gangguan manusia. 25 00:02:37,950 --> 00:02:41,578 Ia eksperimen global secara besar-besaran. 26 00:02:43,163 --> 00:02:47,459 Inilah The Year Earth Changed. 27 00:03:00,222 --> 00:03:04,351 DICERITAKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 28 00:03:05,894 --> 00:03:11,483 Beberapa jam dalam sekatan pergerakan, kesunyiannya dirasai. 29 00:03:14,236 --> 00:03:19,199 Dengan pencemaran bunyi lalu lintas global berkurang sehingga 70%, 30 00:03:19,283 --> 00:03:22,452 terdapat bunyi baharu yang didengari... 31 00:03:25,581 --> 00:03:26,999 kicauan burung. 32 00:03:31,503 --> 00:03:33,547 SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT 33 00:03:33,630 --> 00:03:35,257 POPULASI METROPOLITAN 4.7 JUTA 34 00:03:35,340 --> 00:03:37,426 Burung pipit berjambul putih ini 35 00:03:37,509 --> 00:03:41,346 biasakan diri dengan kesunyian dengan melakukan sesuatu yang mengagumkan. 36 00:03:43,640 --> 00:03:46,476 Memandangkan sarangnya berhampiran Jambatan Golden Gate, 37 00:03:46,560 --> 00:03:50,480 selama ini, kicauannya ditenggelami bunyi kenderaan. 38 00:03:52,482 --> 00:03:57,362 Namun kini, lalu lintas di San Francisco berada pada tahap terendah sejak 1950-an, 39 00:03:58,614 --> 00:04:04,244 penyelidik kagum mendengar nada baharu panggilan mengawan burung ini... 40 00:04:06,788 --> 00:04:11,877 Terdapat harapan burung pipit akan miliki musim membiak terbaik buat masa lama. 41 00:04:17,548 --> 00:04:20,552 Bukan pencemaran bunyi saja yang berkurang. 42 00:04:22,304 --> 00:04:28,310 Kepantasan pengurangan pencemaran udara di seluruh dunia juga amat mengejutkan. 43 00:04:30,229 --> 00:04:31,438 Dalam masa beberapa hari, 44 00:04:31,522 --> 00:04:36,944 Los Angeles mencatatkan kualiti udara terbaik sejak 40 tahun. 45 00:04:39,112 --> 00:04:44,243 Di serata China, paras pencemaran udara berkurang separuh. 46 00:04:46,245 --> 00:04:52,125 Serta di India, yang selama ini mengalami pencemaran paling teruk di dunia... 47 00:04:53,585 --> 00:04:56,213 tapi 12 hari selepas sekatan pergerakan... 48 00:04:56,713 --> 00:04:59,216 JALANDHAR - INDIA, POPULASI SATU JUTA 49 00:04:59,299 --> 00:05:01,510 ...pemandangan indah mula kelihatan. 50 00:05:01,593 --> 00:05:04,471 Ketika itu, kami sedang bersarapan di meja, 51 00:05:04,555 --> 00:05:06,682 dan tiba-tiba, bapa saya meluru masuk. 52 00:05:06,765 --> 00:05:10,060 Dia kata, "Mari naik ke atas. Kita boleh nampak gunung-ganang." 53 00:05:10,143 --> 00:05:12,521 Jurugambar amatur, Anshul 54 00:05:12,604 --> 00:05:15,858 naik ke atas untuk melihat keterujaan yang diceritakan. 55 00:05:16,817 --> 00:05:19,236 Orang ramai berdiri di atas bumbung dan berkata, 56 00:05:19,319 --> 00:05:21,822 "Wah. Gunung." 57 00:05:21,905 --> 00:05:24,533 Saya berhenti dan saya nampak. 58 00:05:27,327 --> 00:05:30,455 Langit cerah dan buat kali pertama dalam hidup, 59 00:05:30,539 --> 00:05:32,124 kami dapat lihat Banjaran Himalaya. 60 00:05:33,041 --> 00:05:35,210 Sejauh 200 kilometer dari situ, 61 00:05:35,294 --> 00:05:38,046 banjaran gunung tertinggi di dunia, 62 00:05:38,130 --> 00:05:41,842 yang terlindung di sebalik asbut selama 30 tahun, 63 00:05:41,925 --> 00:05:43,468 tiba-tiba jelas kelihatan. 64 00:05:44,469 --> 00:05:45,888 Saya terkejut. 65 00:05:45,971 --> 00:05:49,725 Selama ini, Banjaran Himalaya terlindung di sebalik pencemaran. 66 00:05:51,935 --> 00:05:56,523 Gambar Anshul yang paparkan detik ini menjadi tular di seluruh dunia. 67 00:05:57,608 --> 00:05:59,276 Ia jelas menunjukkan 68 00:05:59,359 --> 00:06:04,865 tanpa kegiatan manusia, Bumi dapat bernafas semula. 69 00:06:10,495 --> 00:06:13,832 Sekatan pergerakan berlanjutan selama berminggu-minggu. 70 00:06:13,916 --> 00:06:16,043 EMPAT MINGGU 71 00:06:16,126 --> 00:06:20,172 Larangan perjalanan semakin membataskan pergerakan kita. 72 00:06:21,131 --> 00:06:24,468 Percutian yang telah anda rancang perlu dibatalkan. 73 00:06:24,551 --> 00:06:27,346 Bilangan penumpang dan tempahan telah berkurang. 74 00:06:27,429 --> 00:06:29,556 Perjalanan udara berkurang secara mendadak. 75 00:06:29,640 --> 00:06:32,726 Ia berkurang kira-kira 90 peratus di seluruh dunia. 76 00:06:33,519 --> 00:06:35,187 April 2020, 77 00:06:35,270 --> 00:06:40,526 mencatatkan pengurangan pelancong antarabangsa sebanyak 114 juta 78 00:06:40,609 --> 00:06:42,778 berbanding pada bulan yang sama tahun lalu. 79 00:06:44,571 --> 00:06:50,827 Di Sepanyol, jumlah pengunjung berkurang daripada lebih tujuh juta kepada sifar. 80 00:06:53,664 --> 00:06:55,666 FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT POPULASI 22 JUTA 81 00:06:55,749 --> 00:07:00,546 Di Florida, pantai yang biasanya sesak dengan para pengunjung yang bercuti... 82 00:07:01,505 --> 00:07:03,131 menjadi lengang. 83 00:07:06,385 --> 00:07:11,056 Mungkinkah ini peluang bagi satu hidupan laut yang terancam 84 00:07:11,139 --> 00:07:12,933 untuk menambahkan bilangannya? 85 00:07:21,066 --> 00:07:24,611 Penyu laut betina kembali setiap dua hingga tiga tahun 86 00:07:24,695 --> 00:07:27,739 ke pantai tempat ia menetas 87 00:07:27,823 --> 00:07:29,658 untuk bertelur. 88 00:07:32,077 --> 00:07:36,498 Di seluruh dunia, bilangan penyu semakin berkurang, 89 00:07:36,582 --> 00:07:41,128 sebahagian sebabnya ialah ia tak mahu bertelur di pantai yang sentiasa sesak. 90 00:07:46,091 --> 00:07:47,301 Namun tahun ini... 91 00:07:48,760 --> 00:07:49,970 adalah berbeza. 92 00:07:53,140 --> 00:07:56,518 Jurukamera kami, yang bekerjasama dengan para penyelidik tempatan, 93 00:07:56,602 --> 00:07:59,938 bernasib baik dapat membuat penggambaran di Pantai Juno... 94 00:08:01,190 --> 00:08:05,819 iaitu di tapak bertelur penyu tempayan yang terpadat di dunia. 95 00:08:10,866 --> 00:08:12,826 Memandangkan musim bertelur telah bermula, 96 00:08:14,578 --> 00:08:18,081 penyu betina ini dapat bertelur dengan tenang 97 00:08:18,916 --> 00:08:21,752 buat kali pertama dalam hidupnya. 98 00:08:38,018 --> 00:08:40,020 Beberapa minggu berikutnya, 99 00:08:40,102 --> 00:08:42,397 beratus-ratus penyu betina turut berbuat begitu. 100 00:08:47,694 --> 00:08:50,572 Selama ini, gangguan manusia dikatakan 101 00:08:50,656 --> 00:08:53,659 menjadi masalah terbesar bagi penyu yang mahu bertelur. 102 00:08:56,286 --> 00:09:00,374 Namun, inilah kali pertama para saintis dapat mengkaji dengan tepat 103 00:09:00,457 --> 00:09:02,459 kesan masalah itu. 104 00:09:08,006 --> 00:09:11,260 Setiap pagi, sepasukan para penyelidik 105 00:09:11,343 --> 00:09:14,972 mengira bilangan jejak penyu yang membawa ke sarangnya. 106 00:09:18,350 --> 00:09:20,185 Sejak 10 tahun lalu, 107 00:09:20,269 --> 00:09:23,438 purata penyu tempayan yang berjaya bertelur 108 00:09:23,522 --> 00:09:26,650 telah berkurang kepada hanya 40 peratus. 109 00:09:27,401 --> 00:09:31,864 Adakah ia akan meningkat memandangkan pantai sudah lengang? 110 00:09:32,614 --> 00:09:34,783 Apabila pantai ditutup buat pengunjung, 111 00:09:34,867 --> 00:09:38,412 bilangannya bertambah sehingga 61% dan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan. 112 00:09:38,495 --> 00:09:39,955 DR. JUSTIN PERRAULT - PENYELIDIK PENYU 113 00:09:41,707 --> 00:09:44,376 Ia perbaikan yang luar biasa. 114 00:09:51,425 --> 00:09:56,138 Pertambahan sarang bermakna terdapat 100 ekor atau lebih anak penyu, 115 00:09:56,221 --> 00:10:00,767 dan kesemuanya berpotensi menjadi penyu dewasa yang akan bertelur. 116 00:10:03,145 --> 00:10:06,565 Memandangkan pantai ditutup, penyu dapat meneruskan 117 00:10:06,648 --> 00:10:09,109 kebiasaan yang telah dilakukan selama berjuta tahun 118 00:10:09,943 --> 00:10:13,614 dengan lebih selamat berbanding ketika kehadiran manusia. 119 00:10:42,226 --> 00:10:44,478 Enam ribu kilometer dari situ, 120 00:10:44,561 --> 00:10:46,355 di pantai barat Amerika... 121 00:10:49,900 --> 00:10:54,780 kesunyian baharu di dalam air menawarkan satu peluang 122 00:10:55,697 --> 00:10:57,824 buat si gergasi lautan. 123 00:10:59,993 --> 00:11:01,995 ALASKA TENGGARA - AMERIKA SYARIKAT 124 00:11:02,079 --> 00:11:03,580 PENGUNJUNG TAHUNAN 1.3 JUTA 125 00:11:03,664 --> 00:11:07,334 Setiap tahun, lebih 10,000 ekor paus kelasa 126 00:11:07,417 --> 00:11:08,710 berhijrah dari Hawaii... 127 00:11:10,796 --> 00:11:14,633 ke teluk-teluk di Alaska ini untuk mencari makanan. 128 00:11:23,183 --> 00:11:25,769 Kebiasaannya, ia perlu berkongsi laut ini 129 00:11:25,853 --> 00:11:29,690 dengan kapal-kapal yang membawa berjuta pengunjung dalam setahun. 130 00:11:36,280 --> 00:11:39,366 Namun kini, memandangkan kesemua pelayaran dibatalkan... 131 00:11:40,284 --> 00:11:45,163 keadaan di dalam laut adalah 25 kali ganda lebih sunyi. 132 00:11:46,832 --> 00:11:51,837 Dalam kesunyian ini, para saintis menggunakan mikrofon dalam air 133 00:11:51,920 --> 00:11:54,381 dan merakam perubahan mengagumkan. 134 00:11:55,132 --> 00:11:58,427 Paus kelasa lebih kerap berkomunikasi sesama sendiri... 135 00:12:00,637 --> 00:12:02,806 serta mempunyai cara komunikasi baharu. 136 00:12:04,725 --> 00:12:07,144 Amat menyeronokkan dan juga menyentuh hati... 137 00:12:07,227 --> 00:12:08,812 CHRISTINE GABRIELE - PENYELIDIK PAUS 138 00:12:08,896 --> 00:12:11,315 ...apabila mendengar paus-paus ini saling berkomunikasi. 139 00:12:11,982 --> 00:12:14,651 Seekor paus berkomunikasi, diikuti pasangan ibu dan anaknya. 140 00:12:14,735 --> 00:12:16,570 Saya tak pernah dengar sebelum ini. 141 00:12:18,113 --> 00:12:21,074 Bayangkan, kita cuba berbual dengan kawan-kawan 142 00:12:21,158 --> 00:12:22,492 di sebuah bar yang sesak. 143 00:12:22,576 --> 00:12:25,162 Ia amat sukar. Kita takkan cakap banyak dan jika bercakap, kita perlu jerit. 144 00:12:25,245 --> 00:12:26,246 DR. SUZIE TEERLINK - PENYELIDIK PAUS 145 00:12:26,330 --> 00:12:28,999 Namun, jika kita berada di kedai kopi yang cantik dan sunyi 146 00:12:29,082 --> 00:12:30,751 serta tidak terlalu bising, 147 00:12:30,834 --> 00:12:34,880 kita boleh berbual dengan lebih mendalam dan menyeluruh. 148 00:12:38,842 --> 00:12:41,720 Namun, terdapat sesuatu yang lebih mengejutkan. 149 00:12:45,182 --> 00:12:50,270 Kini, paus dapat berkomunikasi dari jarak jauh tanpa gangguan. 150 00:12:50,854 --> 00:12:55,067 Beberapa ekor ibu paus seperti yang ini, meninggalkan anaknya sendirian. 151 00:12:55,901 --> 00:12:58,403 Ia jarang dapat dilihat. 152 00:13:01,823 --> 00:13:03,825 Kini, ia boleh pergi mencari makanan, 153 00:13:03,909 --> 00:13:09,164 dengan mengetahui ia dapat mendengar panggilan anaknya jika ia diperlukan. 154 00:13:15,546 --> 00:13:18,841 Ibu paus yang menyusukan anak memerlukan banyak makanan, 155 00:13:20,092 --> 00:13:24,096 dan cara terbaik adalah dengan mencari makanan bersama paus dewasa lain. 156 00:13:30,143 --> 00:13:32,271 Paus kelasa menyelam lebih dalam... 157 00:13:34,439 --> 00:13:36,984 menghasilkan gelembung buih bulat... 158 00:13:39,152 --> 00:13:42,030 dan mengepung ikan ke dalam satu kumpulan... 159 00:13:44,825 --> 00:13:47,786 sebelum memakan beribu-ribu ekor ikan itu. 160 00:13:53,333 --> 00:13:56,545 Inilah antara pemandangan alam semula jadi yang terhebat. 161 00:14:10,017 --> 00:14:12,186 Dengan keyakinan disebabkan kesunyian ini, 162 00:14:12,269 --> 00:14:17,024 ibu paus kelasa dapat bekerjasama sebegini dengan lebih kerap. 163 00:14:18,025 --> 00:14:20,402 Tahun ini, paus tak perlu berkongsi lautan dengan sesiapa. 164 00:14:20,485 --> 00:14:24,114 Ia melakukan apa saja sesuka hatinya, di mana-mana saja, pada bila-bila masa. 165 00:14:24,781 --> 00:14:26,283 Pada tahun-tahun sebelum ini, 166 00:14:26,366 --> 00:14:30,370 cuma tujuh peratus anak paus kelasa berjaya hidup sehingga dewasa. 167 00:14:31,538 --> 00:14:35,709 Namun musim ini, ada kemungkinan lebih banyak anak paus dapat hidup lama. 168 00:14:37,836 --> 00:14:40,964 Saya harap, setelah paus melalui banyak kesukaran beberapa tahun ini... 169 00:14:41,048 --> 00:14:42,299 JANET NEILSON - PENYELIDIK PAUS 170 00:14:42,382 --> 00:14:45,761 ...pandemik ini telah berikan tuah yang amat diperlukan kepada paus-paus. 171 00:14:49,348 --> 00:14:54,561 Perubahan pencemaran bunyi dalam air bukan berlaku di Alaska saja. 172 00:14:57,064 --> 00:15:02,903 Pergerakan kapal berkurang 17% sejak tiga bulan pertama sekatan pergerakan, 173 00:15:03,695 --> 00:15:07,115 dan memperbaiki kehidupan haiwan-haiwan di laut. 174 00:15:07,199 --> 00:15:10,160 TELUK HAURAKI - NEW ZEALAND 175 00:15:11,453 --> 00:15:13,539 Dolfin di New Zealand 176 00:15:13,622 --> 00:15:16,250 dapat berkomunikasi sejauh tiga kali ganda jaraknya. 177 00:15:20,003 --> 00:15:21,338 LAUT SALISH - KANADA 178 00:15:21,421 --> 00:15:26,552 Penyelidik di Vancouver catatkan empat kali ganda pengurangan bunyi kapal 179 00:15:27,219 --> 00:15:30,264 yang membolehkan paus pembunuh menggunakan sonar 180 00:15:30,347 --> 00:15:33,016 dengan lebih berkesan untuk memburu mangsa. 181 00:15:48,407 --> 00:15:51,201 Sudah tiga bulan pandemik berlaku. 182 00:15:51,285 --> 00:15:52,452 TIGA BULAN 183 00:15:52,536 --> 00:15:57,332 Di Amerika Syarikat, hampir separuh tenaga pekerja bekerja dari rumah. 184 00:15:57,416 --> 00:16:01,044 Di seluruh dunia, suku perniagaan ditutup. 185 00:16:03,005 --> 00:16:06,925 Bar, restoran dan kafe masih ditutup. 186 00:16:07,885 --> 00:16:12,514 Setelah berbincang, perniagaan runcit akan ditutup. 187 00:16:13,599 --> 00:16:17,311 Kini, ia seperti terabai. Tiada sesiapa di sini. 188 00:16:18,395 --> 00:16:20,731 Di serata bandar utama di dunia, 189 00:16:20,814 --> 00:16:24,985 jumlah pengunjung berkurang lebih 90 peratus. 190 00:16:27,196 --> 00:16:29,531 Memandangkan pusat-pusat urban hampir lengang... 191 00:16:29,615 --> 00:16:31,450 munculnya pemandangan menakjubkan 192 00:16:31,533 --> 00:16:35,370 iaitu haiwan yang mengambil kesempatan memasuki bandar. 193 00:16:37,039 --> 00:16:39,041 SAINT LUCIA - AFRIKA SELATAN 194 00:16:39,124 --> 00:16:42,169 Seekor badak air mengunjungi stesen minyak. 195 00:16:47,508 --> 00:16:50,219 Jakal yang berseronok di taman tempatan. 196 00:16:54,890 --> 00:16:58,101 Serta seekor puma yang merayau di kaki lima. 197 00:17:06,068 --> 00:17:10,196 Namun, satu haiwan menyesuaikan diri dengan suasana lengang di bandar-bandar 198 00:17:10,280 --> 00:17:12,657 dengan sangat bijak. 199 00:17:16,869 --> 00:17:19,205 NARA - JEPUN 200 00:17:19,289 --> 00:17:22,084 PENGUNJUNG TAHUNAN 13 JUTA 201 00:17:25,253 --> 00:17:29,591 Bandar Nara telah menjadi habitat sekumpulan rusa sika 202 00:17:29,675 --> 00:17:32,845 sejak sekurang-kurangnya 1,300 tahun. 203 00:17:36,223 --> 00:17:39,059 Kebanyakan padang rumput yang menjadi sumber makanannya 204 00:17:39,142 --> 00:17:41,812 telah digantikan dengan bangunan-bangunan. 205 00:17:41,895 --> 00:17:45,440 Namun, haiwan yang biasanya pemalu ini telah menemui penyelesaian. 206 00:17:48,735 --> 00:17:55,367 Rusa pergi ke kuil-kuil Nara yang menerima 13 juta pengunjung setiap tahun... 207 00:17:56,952 --> 00:17:59,955 dan mendapati dengan menunjukkan rasa hormat... 208 00:18:02,082 --> 00:18:03,917 ia akan dapat ganjaran yang enak. 209 00:18:08,463 --> 00:18:13,010 Biskut bran beras telah menjadi sumber makanan penting buatnya. 210 00:18:22,978 --> 00:18:25,522 Namun, pandemik ini telah mengubah segalanya. 211 00:18:32,154 --> 00:18:35,699 Makanan kesukaan rusa-rusa ini telah lesap dalam masa semalaman. 212 00:18:40,996 --> 00:18:44,208 Tiada manusia bermaksud tiada biskut. 213 00:18:53,133 --> 00:18:56,678 Terdapat kerisauan yang rusa akan kebuluran. 214 00:18:56,762 --> 00:19:00,974 Namun, sebahagian rusa yang lebih dewasa seperti ada rancangan. 215 00:19:06,104 --> 00:19:10,025 Ia membawa rusa-rusa lain keluar dari kawasan kuil. 216 00:19:10,526 --> 00:19:12,945 Ia kelihatan seperti tahu ke mana patut dituju. 217 00:19:21,161 --> 00:19:23,789 Rusa-rusa ini menuju ke jalan utama... 218 00:19:26,124 --> 00:19:29,336 memasuki hutan konkrit bandar ini. 219 00:19:40,889 --> 00:19:44,643 Namun, di mana ia boleh dapatkan makanan di kawasan urban yang berselerak ini? 220 00:19:52,734 --> 00:19:55,153 Setelah berjalan sejauh 2.5 kilometer... 221 00:19:56,989 --> 00:19:58,991 rusa-rusa ini berhenti. 222 00:20:04,454 --> 00:20:09,459 Sebelum ini, kawasan tak berpenghuni ini adalah sebahagian padang ragutnya. 223 00:20:10,586 --> 00:20:12,713 Ajaibnya, rusa dewasa 224 00:20:12,796 --> 00:20:16,592 masih mengingatinya sebagai tempat mendapatkan sumber makanannya. 225 00:20:23,807 --> 00:20:26,268 Kawasan ini membekalkan segalanya yang diperlukan: 226 00:20:26,852 --> 00:20:30,439 rumput, daun-daun dan herba segar. 227 00:20:35,152 --> 00:20:36,570 Selama beberapa minggu berikutnya, 228 00:20:36,653 --> 00:20:41,992 rusa-rusa ini meragut rumput di bahagian kecil tanah yang masih wujud. 229 00:20:44,286 --> 00:20:48,207 Terdapat satu lagi kelebihan akibat ketiadaan manusia. 230 00:20:50,250 --> 00:20:55,589 Para saintis mendapati makanan baharu ini bukan saja buatkan rusa bertambah sihat... 231 00:20:57,674 --> 00:21:01,678 malah, kekurangan pengunjung juga mengurangkan pembuangan sampah plastik, 232 00:21:02,346 --> 00:21:04,056 yang boleh membunuh rusa. 233 00:21:09,728 --> 00:21:13,273 Walaupun kelihatan seperti haiwan dapat kelebihan dengan kehadiran manusia... 234 00:21:16,109 --> 00:21:19,738 dalam sesetengah keadaan, hidupnya lebih senang tanpa manusia. 235 00:21:30,958 --> 00:21:33,085 Sudah empat bulan sekatan pergerakan dan setiap kali kita berundur... 236 00:21:33,168 --> 00:21:35,128 BUENOS AIRES - ARGENTINA POPULASI 15.2 JUTA 237 00:21:35,212 --> 00:21:39,633 ...ruang yang ditinggalkan memberikan peluang baharu kepada hidupan liar. 238 00:21:46,765 --> 00:21:48,225 Di Argentina… 239 00:21:49,268 --> 00:21:51,562 capybara yang biasanya pemalu 240 00:21:51,645 --> 00:21:55,524 muncul di taman-taman cantik di pinggir bandar mewah... 241 00:21:57,317 --> 00:22:00,821 yang dibina di atas tanah lembap miliknya. 242 00:22:04,032 --> 00:22:08,829 Tiada apa dapat menghalangnya menikmati hak miliknya suatu masa lalu. 243 00:22:27,472 --> 00:22:28,682 Maksud saya... 244 00:22:30,392 --> 00:22:31,727 hampir tiada apa. 245 00:22:39,234 --> 00:22:44,781 Semakin lama ketiadaan manusia, haiwan jadi semakin berani. 246 00:22:46,366 --> 00:22:49,995 Apabila musim safari di Afrika dibatalkan... 247 00:22:50,954 --> 00:22:52,497 MPUMALANGA - AFRIKA SELATAN PENGUNJUNG TAHUNAN 4.2 JUTA 248 00:22:52,581 --> 00:22:55,417 ...seekor pemburu yang menggerunkan, mula mengubah keadaan. 249 00:22:58,086 --> 00:23:01,006 Rumah penginapan mewah ini tak berpenghuni. 250 00:23:02,841 --> 00:23:07,554 Namun tak lama kemudian, tetamu baharu mula mendaftar masuk. 251 00:23:14,811 --> 00:23:18,065 Monyet vervet bersantai di tepi kolam. 252 00:23:24,112 --> 00:23:26,615 Sementara impala dan antelop nyala 253 00:23:27,407 --> 00:23:29,993 melayan diri memakan tumbuhan yang tersedia. 254 00:23:34,039 --> 00:23:36,124 Tidak jauh dari situ... 255 00:23:38,168 --> 00:23:42,589 ada seekor harimau bintang jantan dewasa. 256 00:23:49,763 --> 00:23:54,685 Kemunculan pemburu yang biasanya nokturnal ini pada waktu siang 257 00:23:54,768 --> 00:23:57,062 adalah sangat mengejutkan. 258 00:23:57,145 --> 00:23:59,898 Terutamanya, bagi kru penggambaran kami. 259 00:24:00,524 --> 00:24:02,192 Jangan bergerak, semua. 260 00:24:41,356 --> 00:24:42,941 RUSSELL MACLAUGHLIN - JURUKAMERA HIDUPAN LIAR 261 00:24:43,025 --> 00:24:46,195 Saya pernah alami saat mendebarkan dalam hidup, tapi tadi paling mendebarkan. 262 00:24:50,699 --> 00:24:52,117 Di serata Afrika, 263 00:24:52,201 --> 00:24:56,538 harimau bintang telah kehilangan lebih 60% kawasannya disebabkan manusia, 264 00:24:57,122 --> 00:24:59,875 dan hal ini semakin menyukarkan pemburuan. 265 00:25:02,503 --> 00:25:05,088 Namun memandangkan tiada manusia di sini, 266 00:25:05,672 --> 00:25:08,425 harimau bintang ini menemui peluang, 267 00:25:09,134 --> 00:25:13,180 dan melakukan perubahan kelakuan yang menakjubkan. 268 00:25:17,059 --> 00:25:19,895 Ia mula memburu pada waktu siang. 269 00:25:29,821 --> 00:25:32,157 Ia memerlukan beberapa percubaan... 270 00:25:35,244 --> 00:25:36,912 tapi tak lama kemudian... 271 00:25:38,455 --> 00:25:40,457 strategi baharunya... 272 00:25:41,041 --> 00:25:42,251 membawa hasil. 273 00:25:49,800 --> 00:25:51,593 Bilangan harimau bintang di Afrika 274 00:25:51,677 --> 00:25:55,597 telah berkurangan lebih 30 peratus sejak 25 tahun lalu. 275 00:25:56,557 --> 00:26:02,271 Namun disebabkan banyak sumber makanan akibat sekatan pergerakan, 276 00:26:02,354 --> 00:26:04,356 harimau bintang ini semakin berkembang biak. 277 00:26:05,023 --> 00:26:08,694 Tempat ini telah menjadi rumah persinggahannya. Syurga peribadinya. 278 00:26:24,835 --> 00:26:27,921 Enam bulan sejak pandemik berlaku. 279 00:26:28,005 --> 00:26:29,965 ENAM BULAN 280 00:26:30,048 --> 00:26:35,262 Menjelang September, lebih 40 negara masih mengekalkan sekatan pergerakan, 281 00:26:37,222 --> 00:26:41,393 mengehadkan aktiviti lebih tiga bilion orang. 282 00:26:42,311 --> 00:26:43,645 Perhimpunan besar-besaran, 283 00:26:43,729 --> 00:26:49,484 termasuklah acara sukan, konsert dan festival secara langsung, 284 00:26:49,568 --> 00:26:54,573 takkan dapat diadakan selagi kita belum memiliki rawatan terbaik seperti vaksin. 285 00:26:56,408 --> 00:26:59,161 Sementara kita sesuaikan diri dengan kebiasaan baharu, 286 00:26:59,995 --> 00:27:03,207 pemulihan alam semula jadi bersambung. 287 00:27:04,917 --> 00:27:06,168 SUNGAI GANGES - INDIA 288 00:27:06,251 --> 00:27:08,462 Di India, Sungai Ganges 289 00:27:08,545 --> 00:27:12,674 menunjukkan peningkatan paras oksigen sebanyak 80 peratus. 290 00:27:15,177 --> 00:27:16,386 LAUTAN ATLANTIK - MAGHRIBI 291 00:27:16,470 --> 00:27:18,847 Di Lautan Atlantik di Afrika, 292 00:27:19,348 --> 00:27:25,270 kadar kebersihan airnya berubah drastik daripada teruk kepada bagus. 293 00:27:29,900 --> 00:27:34,363 Sekatan pergerakan telah berlanjutan buat masa yang cukup lama 294 00:27:34,446 --> 00:27:37,366 sehingga keseluruhan generasi haiwan yang baharu mendapat faedahnya. 295 00:27:37,449 --> 00:27:38,992 CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN 296 00:27:39,076 --> 00:27:40,077 POPULASI 4.7 JUTA 297 00:27:40,160 --> 00:27:42,579 Di laut di Afrika Selatan, 298 00:27:42,663 --> 00:27:47,000 sesetengah ibu bapa baharu sedang memulakan perjalanan waktu paginya. 299 00:27:53,549 --> 00:27:56,385 Penguin Afrika. 300 00:28:05,561 --> 00:28:09,022 Ia hidup di samping manusia. 301 00:28:26,540 --> 00:28:28,500 Ketika musim membiak, 302 00:28:28,584 --> 00:28:32,421 setiap pagi, penguin-penguin akan ke laut untuk menangkap ikan. 303 00:28:39,970 --> 00:28:42,389 Anak-anaknya miliki selera yang tinggi. 304 00:28:43,765 --> 00:28:48,687 Ia perlu makan kira-kira 15 peratus daripada berat badannya setiap hari. 305 00:28:51,523 --> 00:28:55,319 Mujurlah, penguin Afrika ialah pemburu yang sangat hebat... 306 00:28:56,153 --> 00:28:58,572 dan dapat menyelam sehingga ke kedalaman 80 meter 307 00:28:59,406 --> 00:29:03,076 untuk memakan banyak ikan dan krustasia. 308 00:29:09,333 --> 00:29:13,378 Namun, satu masalah ialah membawa makanan kepada anaknya. 309 00:29:18,675 --> 00:29:22,513 Tahun-tahun sebelum ini, pantai-pantai ini sesak dengan manusia. 310 00:29:23,639 --> 00:29:26,517 Apabila penguin sudah balik menangkap ikan... 311 00:29:27,226 --> 00:29:29,478 ia dapati laluannya terhalang. 312 00:29:30,812 --> 00:29:34,399 Jadi, kebanyakan penguin menunggu di tepi pantai sehingga senja... 313 00:29:36,527 --> 00:29:38,487 setelah pengunjung beredar. 314 00:29:47,788 --> 00:29:51,834 Namun tahun ini, pantai ini lengang. 315 00:29:59,758 --> 00:30:02,427 Penguin meninggalkan rutin lamanya 316 00:30:02,511 --> 00:30:06,390 dan kini ia balik setelah cuma beberapa jam di lautan 317 00:30:07,349 --> 00:30:10,143 membawa banyak ikan di dalam perut untuk anak-anaknya. 318 00:30:16,900 --> 00:30:22,531 Memandangkan waktu siang masih panjang, ia boleh kembali semula ke laut. 319 00:30:28,453 --> 00:30:33,584 Kini, anak-anak penguin diberi makan sebanyak dua atau tiga kali sehari. 320 00:30:36,420 --> 00:30:39,339 Ia bukan saja menjadi lebih sihat dan semakin cepat membesar, 321 00:30:39,423 --> 00:30:44,970 malah kebanyakan keluarga seperti yang ini berjaya membesarkan kembar. 322 00:30:46,930 --> 00:30:49,099 Ada lagi berita baik. 323 00:30:49,183 --> 00:30:50,684 Beberapa minggu berikutnya, 324 00:30:50,767 --> 00:30:56,148 sesetengah ibu bapa berjaya membesarkan kumpulan kedua anak-anak penguin, 325 00:30:56,690 --> 00:31:00,194 dan peristiwa ini kali pertama berlaku di sini sejak berdekad lalu. 326 00:31:03,572 --> 00:31:06,909 Selama bertahun-tahun, kita sangka penguin dan manusia di sini 327 00:31:06,992 --> 00:31:08,911 hidup dalam harmoni. 328 00:31:12,706 --> 00:31:17,169 Namun sebenarnya, kita menyukarkan hidup penguin. 329 00:31:21,548 --> 00:31:24,426 Memandangkan bilangan penguin di Afrika Selatan 330 00:31:24,510 --> 00:31:28,597 telah berkurang hampir 70 peratus sejak 30 tahun lalu... 331 00:31:30,599 --> 00:31:33,018 ia memerlukan pertolongan kita. 332 00:31:42,069 --> 00:31:46,406 Bukan haiwan yang tinggal di bandar saja yang berkembang biak. 333 00:31:48,075 --> 00:31:51,495 Kini, kesan sekatan pergerakan tahun ini 334 00:31:51,578 --> 00:31:55,123 turut dirasai di tempat paling lapang di dunia. 335 00:31:55,207 --> 00:31:57,417 MAASAI MARA - KENYA PENGUNJUNG TAHUNAN 300,000+ 336 00:31:57,501 --> 00:32:01,296 Ia mengubah kebolehan seekor kucing besar dalam melindungi anaknya. 337 00:32:04,508 --> 00:32:05,759 Cheetah. 338 00:32:11,014 --> 00:32:13,851 Pelari pecut paling laju di dunia. 339 00:32:30,200 --> 00:32:31,660 Namun, ia mempunyai kelemahan. 340 00:32:31,743 --> 00:32:36,999 Bentuk badannya yang kurus tak dapat tandingi kekuatan pemangsa lain, 341 00:32:38,959 --> 00:32:41,420 seperti singa dan dubuk. 342 00:32:46,133 --> 00:32:48,635 Ia tak kisah mencuri makanan cheetah 343 00:32:49,386 --> 00:32:51,722 dan tidak teragak-agak membunuh anak cheetah. 344 00:33:02,733 --> 00:33:05,444 Cheetah cuba tak menarik perhatian. 345 00:33:08,155 --> 00:33:10,157 Namun, dengan dua ekor anak yang perlukan makanan, 346 00:33:10,949 --> 00:33:14,995 si ibu ini perlu memburu setiap dua atau tiga hari. 347 00:33:31,720 --> 00:33:33,013 Sementara ia memburu, 348 00:33:33,096 --> 00:33:37,059 anak-anaknya yang berusia enam bulan bersembunyi di sebalik rumput panjang. 349 00:33:40,145 --> 00:33:45,859 Namun, sebaik saja si ibu mendapat tangkapan, ia berdepan dilema. 350 00:33:50,781 --> 00:33:53,158 Ia berada sejauh beratus meter daripada anak-anaknya, 351 00:33:53,617 --> 00:33:56,328 dengan bangkai yang terlalu besar untuk diheret. 352 00:33:58,247 --> 00:34:02,459 Jika bangkai ditinggalkan, haiwan lain akan mencurinya. 353 00:34:05,963 --> 00:34:09,466 Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan bunyi ciapan lembut... 354 00:34:10,634 --> 00:34:12,386 untuk menyuruh anak-anaknya menyertainya. 355 00:34:15,179 --> 00:34:16,389 Ia perlu berhati-hati. 356 00:34:17,099 --> 00:34:19,476 Jika ia memanggil terlalu kuat atau kerap, 357 00:34:19,560 --> 00:34:23,146 musuh-musuh akan tahu yang anak-anaknya tidak dilindungi. 358 00:34:26,483 --> 00:34:28,569 Pada saat inilah 359 00:34:28,652 --> 00:34:32,114 cheetah ini merasai kepayahan didengari. 360 00:34:36,284 --> 00:34:38,704 Bertahun-tahun sebelum sekatan pergerakan, 361 00:34:38,786 --> 00:34:42,666 menyaksikan cheetah memburu merupakan aktiviti utama 362 00:34:42,748 --> 00:34:44,751 bagi pelancong di Maasai Mara. 363 00:34:45,585 --> 00:34:49,965 Namun, pengunjung yang mengepung si ibu yang baru memburu mencetuskan masalah. 364 00:34:51,842 --> 00:34:54,094 Keadaan terlalu bising. Kenderaan keluar dan masuk. 365 00:34:54,178 --> 00:34:55,387 SALIM MANDELA - PENYELIDIK CHEETAH 366 00:34:55,971 --> 00:34:59,349 Pemandu pelancong bercakap melalui radio, pengunjung bercakap sesama sendiri. 367 00:35:00,893 --> 00:35:02,936 Bunyi bising menenggelamkan bunyi 368 00:35:03,020 --> 00:35:05,397 si ibu cheetah yang memanggil anak-anaknya. 369 00:35:06,064 --> 00:35:07,816 Bunyi bising 370 00:35:07,900 --> 00:35:12,321 menenggelamkan bunyi semula jadi yang cheetah gunakan untuk hidup. 371 00:35:15,699 --> 00:35:20,662 Apabila terpaksa ulang panggilan, ia boleh menarik musuh. 372 00:35:30,589 --> 00:35:32,174 Namun tahun ini... 373 00:35:32,257 --> 00:35:36,220 si ibu ini tidak berdepan gangguan manusia. 374 00:35:41,517 --> 00:35:45,020 Selepas beberapa panggilan saja merentasi savana yang lengang... 375 00:35:49,066 --> 00:35:50,943 anak-anaknya dapat mendengarnya... 376 00:35:57,282 --> 00:35:59,201 dan menyertai si ibu. 377 00:36:03,664 --> 00:36:06,333 Kami dapati, si ibu kurang membuat bunyi panggilan. 378 00:36:06,416 --> 00:36:09,753 Selepas sekali atau dua kali, anak-anaknya akan segera membalas. 379 00:36:12,214 --> 00:36:13,924 Tanpa kehadiran manusia, 380 00:36:14,007 --> 00:36:17,386 para penyelidik mendapati kehidupan anak-anak cheetah bertambah baik. 381 00:36:19,847 --> 00:36:23,725 Sebelum COVID, cuma seekor antara tiga ekor anak cheetah yang hidup. 382 00:36:23,809 --> 00:36:25,811 Namun kebelakangan ini, kami dapati 383 00:36:25,894 --> 00:36:28,021 lebih banyak anak cheetah dapat hidup melebihi tiga bulan, 384 00:36:28,105 --> 00:36:29,815 dan ia membuatkan kami yakin 385 00:36:29,898 --> 00:36:33,026 yang kali ini, lebih banyak anak cheetah akan dapat hidup lama 386 00:36:33,110 --> 00:36:34,778 dan bilangan cheetah akan bertambah. 387 00:36:37,739 --> 00:36:41,952 Dengan hanya sekitar 7,000 cheetah dewasa yang masih ada di Afrika... 388 00:36:43,954 --> 00:36:45,831 setiap anak cheetah adalah berharga. 389 00:37:05,309 --> 00:37:08,395 Memandangkan tahun ini amat mencabar buat kita... 390 00:37:08,478 --> 00:37:09,813 TAMAN NEGARA BWINDI - UGANDA 391 00:37:09,897 --> 00:37:11,565 ...lebih banyak haiwan yang paling terancam 392 00:37:11,648 --> 00:37:15,485 menikmati peluangnya untuk hidup lama yang semakin bertambah. 393 00:37:20,532 --> 00:37:23,535 Memandangkan kurang gangguan pada tahun 2020, 394 00:37:23,619 --> 00:37:24,912 gorila gunung di sini 395 00:37:24,995 --> 00:37:28,665 dapat lahirkan anak dua kali ganda lebih banyak daripada biasa. 396 00:37:34,588 --> 00:37:36,423 Di pantai selatan England... 397 00:37:36,507 --> 00:37:42,679 ...bilangan kuda laut berduri semakin banyak berbanding 10 tahun lalu 398 00:37:43,180 --> 00:37:48,602 kerana rumpai laut tumbuh semula setelah hancur disebabkan kapal. 399 00:37:54,024 --> 00:37:58,695 Di Kenya, tiada badak sumbu yang dibunuh demi tanduknya 400 00:37:59,363 --> 00:38:02,699 buat kali pertama sejak tahun 1999. 401 00:38:11,416 --> 00:38:14,086 Sudah setahun sejak sekatan pergerakan bermula. 402 00:38:14,169 --> 00:38:15,337 DUA BELAS BULAN 403 00:38:15,420 --> 00:38:20,217 Pada tahun itu, kebanyakan kita temui ketenangan dalam dunia semula jadi. 404 00:38:20,926 --> 00:38:25,848 Pada tahun itu, dunia alami perubahan menakjubkan. 405 00:38:29,059 --> 00:38:32,187 Paras pembebasan karbon dioksida global tahunan 406 00:38:32,271 --> 00:38:35,023 telah berkurang sebanyak lebih enam peratus, 407 00:38:35,107 --> 00:38:37,568 penurunan terbanyak yang pernah dicatatkan. 408 00:38:39,486 --> 00:38:43,824 Terdapat juga perubahan ketara di sebalik permukaan Bumi. 409 00:38:44,825 --> 00:38:48,620 Pengurangan getaran daripada aktiviti pelancongan dan industri 410 00:38:48,704 --> 00:38:53,458 telah mencatatkan sejarah dari segi ketenangan di bawah tanah. 411 00:38:57,796 --> 00:39:00,716 Namun, kesan sekatan pergerakan ini takkan kekal selamanya. 412 00:39:02,217 --> 00:39:05,637 Apakah yang dapat kita pelajari 413 00:39:05,721 --> 00:39:09,474 dalam memastikan kita dapat hidup harmoni dengan alam semula jadi? 414 00:39:14,396 --> 00:39:17,900 Di India, sesetengah pihak telah pun menyahut peluang 415 00:39:17,983 --> 00:39:19,693 untuk hidup lebih harmoni 416 00:39:19,776 --> 00:39:24,156 bersama-sama antara haiwan terkuat yang belum terancam. 417 00:39:27,659 --> 00:39:32,164 ASSAM - INDIA, POPULASI 36 JUTA 418 00:39:33,582 --> 00:39:35,626 Seekor gajah Asia dewasa 419 00:39:35,709 --> 00:39:40,380 perlukan 150 kilogram makanan setiap hari. 420 00:39:41,590 --> 00:39:45,010 Namun, dengan hanya lima peratus habitat semula jadinya yang masih tinggal, 421 00:39:45,594 --> 00:39:48,972 serta hutan-hutan yang telah dijadikan tanah ladang... 422 00:39:49,056 --> 00:39:53,685 gajah di sini sering merosakkan tanaman untuk terus hidup. 423 00:40:05,989 --> 00:40:10,035 Jadi, para petani cuba melindungi tanaman mereka. 424 00:40:11,453 --> 00:40:17,376 Namun, mereka masih kerugian lebih separuh tuaian yang menjadi sumber rezeki mereka. 425 00:40:30,138 --> 00:40:32,057 Kami habiskan masa sepanjang malam 426 00:40:32,140 --> 00:40:33,892 menghalau gajah-gajah ke hutan. 427 00:40:33,976 --> 00:40:35,561 Namun, ia tetap kembali... 428 00:40:35,644 --> 00:40:39,606 ...dan kami perlu menghalaunya berulang kali. 429 00:40:53,745 --> 00:40:57,040 Bukan sawah padi saja yang terjejas. 430 00:41:00,043 --> 00:41:03,630 Gajah turut mencari makanan di kampung-kampung 431 00:41:03,714 --> 00:41:06,341 dan ada penduduk kampung yang dipijak. 432 00:41:11,054 --> 00:41:12,055 Di serata negara ini, 433 00:41:12,139 --> 00:41:15,809 kira-kira 400 orang penduduk dan 100 ekor gajah 434 00:41:15,893 --> 00:41:18,896 terbunuh dalam konflik ini setiap tahun. 435 00:41:25,819 --> 00:41:28,864 Namun, terdapat satu komuniti yang mencuba pendekatan baharu 436 00:41:28,947 --> 00:41:30,657 bagi menyelesaikan masalah ini. 437 00:41:31,241 --> 00:41:34,411 Para pekerja di bandar yang kembali ke kampung kerana sekatan pergerakan 438 00:41:34,995 --> 00:41:37,289 dapat memberikan bantuan yang diperlukan 439 00:41:37,372 --> 00:41:41,627 dalam projek yang diketuai oleh sebuah badan pemuliharaan tempatan. 440 00:41:43,253 --> 00:41:45,130 Kami ada peluang terbaik ketika sekatan pergerakan... 441 00:41:45,214 --> 00:41:46,215 MEGHNA HAZARIKA - PENYOKONG PEMULIHARAAN 442 00:41:46,298 --> 00:41:50,010 ...iaitu menanam tanaman untuk gajah liar. 443 00:41:51,803 --> 00:41:54,890 Di sepanjang pinggir hutan, mereka wujudkan zon penimbal 444 00:41:54,973 --> 00:42:00,020 iaitu padi dan rumput liar yang cepat tumbuh untuk gajah makan. 445 00:42:02,814 --> 00:42:07,402 Lebih 500 penduduk datang untuk membantu. 446 00:42:07,486 --> 00:42:08,529 DULU BORA - PENYOKONG PEMULIHARAAN 447 00:42:09,279 --> 00:42:11,031 Hanya dalam masa beberapa bulan, 448 00:42:11,114 --> 00:42:17,329 mereka ubah hampir 400 ekar atau 1.6 kilometer persegi tanah mereka. 449 00:42:19,373 --> 00:42:22,459 Kini, mereka tak menghalau gajah, 450 00:42:22,543 --> 00:42:25,379 sebaliknya mereka adakan upacara untuk mengalukan kedatangannya. 451 00:42:34,346 --> 00:42:36,598 Tanaman sudah boleh dituai. 452 00:42:38,225 --> 00:42:41,854 Namun, adakah gajah akan makan rumput yang ditanam untuknya... 453 00:42:43,897 --> 00:42:46,650 atau adakah ia akan merosakkan sawah para petani? 454 00:42:51,530 --> 00:42:53,532 Ketika penduduk kampung pulang ke rumah... 455 00:42:54,950 --> 00:42:58,537 ada sesuatu bergerak-gerak di pinggir hutan. 456 00:43:06,712 --> 00:43:11,925 Seekor demi seekor gajah muncul dari sebalik pokok-pokok. 457 00:43:14,928 --> 00:43:16,263 Ibu gajah. 458 00:43:17,764 --> 00:43:19,266 Anak-anak gajah. 459 00:43:19,349 --> 00:43:24,354 Seluruh keluarga yang terdiri daripada 26 ekor gajah yang kelaparan. 460 00:43:26,690 --> 00:43:28,358 Namun, sejauh mana ia akan merayau? 461 00:43:33,739 --> 00:43:36,575 Ia tidak merayau jauh dari pinggir hutan... 462 00:43:38,076 --> 00:43:42,915 dan memilih hanya untuk makan tumbuhan yang ditanam untuknya. 463 00:43:46,126 --> 00:43:48,795 Sebelum ini, kami akan halau gajah-gajah. 464 00:43:48,879 --> 00:43:50,881 Namun sekarang, keadaan berubah. 465 00:43:50,964 --> 00:43:54,259 Seronok rasanya. Kami gembira. 466 00:43:59,181 --> 00:44:01,767 Musim menuai semakin berkembang... 467 00:44:01,850 --> 00:44:06,438 dan gajah-gajah tidak lagi menceroboh sawah padi para petani 468 00:44:07,064 --> 00:44:08,982 dan kampung-kampung. 469 00:44:12,486 --> 00:44:14,613 Jika kita sayangkan gajah 470 00:44:14,696 --> 00:44:17,574 maka, gajah juga akan sayang kita. 471 00:44:21,203 --> 00:44:22,955 Zon penimbal yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan 472 00:44:23,038 --> 00:44:25,165 memberikan penyelesaian jangka panjang 473 00:44:25,249 --> 00:44:27,459 terhadap konflik lama. 474 00:44:29,920 --> 00:44:32,005 Selain itu, perkampungan jiran 475 00:44:32,089 --> 00:44:36,844 telah berbincang dengan badan pemuliharaan tempatan untuk gunakan cara yang sama. 476 00:44:50,274 --> 00:44:53,026 Apabila dikenang semula tahun lalu... 477 00:44:53,110 --> 00:44:56,530 yang amat sukar buat kebanyakan daripada kita... 478 00:44:56,613 --> 00:45:01,201 apakah yang dapat kita pelajari untuk menjamin masa depan alam semula jadi... 479 00:45:01,285 --> 00:45:02,911 dan juga dunia kita? 480 00:45:05,622 --> 00:45:09,001 Kita perlu fikirkan cara kita boleh hidup bersama-sama. 481 00:45:10,085 --> 00:45:14,214 Kita mula sedar kita boleh berkongsi ruang dengan hidupan liar. 482 00:45:14,882 --> 00:45:16,508 Tidak mensia-siakan peluang 483 00:45:16,592 --> 00:45:19,344 dan kita akan lakukan hal yang sama apabila kembali ke bandar. 484 00:45:21,263 --> 00:45:25,184 Kepantasan dan kepelbagaian tindak balas alam semula jadi... 485 00:45:25,267 --> 00:45:29,021 membuktikan yang perubahan kecil dalam hidup kita... 486 00:45:29,104 --> 00:45:33,650 dapat berikan perbezaan besar buat hidupan liar di seluruh dunia. 487 00:45:37,487 --> 00:45:41,158 Mungkin penutupan kecil boleh dilakukan setiap musim panas. 488 00:45:41,241 --> 00:45:44,077 Penutupan pantai pada waktu malam. Tak perlu ditutup pada waktu siang. 489 00:45:44,161 --> 00:45:47,039 Inilah perubahan kecil yang boleh dilakukan 490 00:45:47,122 --> 00:45:50,417 untuk memastikan manusia dan hidupan liar sama-sama terjaga. 491 00:45:51,627 --> 00:45:54,546 Kami tahu jika kami minta kapal kurangkan kelajuan, 492 00:45:54,630 --> 00:45:58,342 atau kapal bergerak secara berkumpulan, ia dapat mengurangkan pencemaran 493 00:45:58,425 --> 00:46:01,428 dan melindungi bunyi dalam air serta paus. 494 00:46:02,304 --> 00:46:05,057 Kami memberikan cadangan kepada pihak berkuasa taman negara 495 00:46:05,140 --> 00:46:10,437 untuk merangka tatasusila buat pelancong dan pemandu pelancong 496 00:46:10,521 --> 00:46:12,981 yang dapat menjamin kelangsungan hidup semua haiwan ini. 497 00:46:14,066 --> 00:46:18,403 Tahun luar biasa ini, tahun Bumi berubah, 498 00:46:18,987 --> 00:46:22,741 bukan saja menunjukkan yang kita boleh membantu hidupan liar berkembang biak, 499 00:46:23,534 --> 00:46:25,661 malah jika kita memilih untuk berbuat begitu, 500 00:46:26,245 --> 00:46:30,165 kita juga dapat mengubah tahap kesihatan planet ini buat semua. 501 00:46:31,375 --> 00:46:33,544 Saya tahu sekarang masa yang penting 502 00:46:33,627 --> 00:46:37,965 untuk kita membantu kurangkan pencemaran walaupun dengan cara yang kecil. 503 00:46:38,715 --> 00:46:42,302 Kita tidak terpisah jauh daripada alam semula jadi... 504 00:46:44,096 --> 00:46:48,725 sebaliknya, hidup kita saling berkait 505 00:46:48,809 --> 00:46:51,311 dalam cara yang mendalam dan mengejutkan. 506 00:46:53,355 --> 00:46:55,816 Jika kita mahu berkembang maju pada masa depan, 507 00:46:55,899 --> 00:46:58,902 inilah masanya 508 00:46:59,736 --> 00:47:02,573 untuk memikirkan cara berkongsi planet kita... 509 00:47:04,491 --> 00:47:06,869 dengan semua hidupan di Bumi. 510 00:48:11,517 --> 00:48:13,519 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah